Selamat datang ke blog saya...manfaatkan apa yang boleh peroleh daripadanya dan sebar-sebarkanlah ia....sekian terima kasih...

Kerja Kursus


MAKLUMAT TENTANG KERJA KURSUS SEJARAH 2013

CONTOH - HASIL KAJIAN- SILA KLIK


    Panduan Kerja Kursus Sejarah 2013

2- Panduan Pengskoran Kerja Kursus Sejarah 2013



Ini adalah contoh Contoh Esei Tugasan 2 (elemen 3) Kerja Kursus / Folio Sejarah PMR 2013. Adik-adik diingatkan jangan meniru bulat-bulat esei ini. Jadikannya sebagai panduan sahaja. Sila baca panduan membuat Kerja Kursus / Folio Sejarah PMR 2013 di pautan ini.

Soalan:
Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuhkan semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.

Jawapan:
Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia secara umumnya bermula dari kawasan luar bandar. Bagi masyarakat Melayu, kegiatan ekonomi tradisional biasanya lebih berbentuk kepada eonomi sara diri. Sebagai contohnya, keperluan asas ekonomi petani dan nelayan adalah secukup hidup iaitu untuk menyara keluarga sendiri. Kerajaan telah lama membantu dan mengalakkan rakyat dalam mengusahakan ekonomi tradisional. Dalam menjalankan kegiatan ekonomi tradisional, pengusaha akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan seperti kesukaran mendapat bahan, kekurangan tenaga kerja, dan modal. Oleh itu, pengusaha perlu berdikari dan tabah menghadapi cabaran tersebut.

Kegiatan ekonomi tradisional sememangnya dapat memperkukuhkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Melalui kegiatan tersebut pihak yang terlibat telah menunjukkan nilai rajin dan gigih. Hal ini kerana mereka perlu melakukan pelbagai aktiviti sebelum mendapatkan hasil.

Sebagai contoh dalam kegiatan cencalok dan belacan, pengusaha perlu mendapatkan bekalan udang geragau yang secukupnya untuk menghasilkan produk keluaran mereka.

Dalam mengusahakan kegiatan ini, semangat kerjasama dan bermuafakat dapat dihidupkan. Nilai bersatu padu dan berharmoni ditonjolkan oleh para pengusaha sewaktu proses produk keluaran mereka. Sikap kerjasama dan tolong menolong ini haruslah menjadi ikutan para generasi muda sekarang. Amalan ini akan dapat memupuk semangat nasionalisme yang tinggi bagi menjamin kedaulatan Negara.

Masyarakat Malaysia kaya dengan sifat-sifat terpuji. Mereka hidup saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain dalam melaksanakan aktiviti harian. Kesempurnaan kerja diperoleh apabila mereka sentiasa bersefahaman dan bermuafakat menjayakan sesuatu kerja. Hasilnya keutuhan negara semakin mantap dan gah di mata dunia.

Kita perlu bersyukur sebagai warganegara kerana negara kita aman dan makmur .Keadaan ini membolehkan kita menjalankan kegiatan ekonomi dengan baik tanpa ada perasaan takut dan bimbang. Seterusnya dapat menjana pendapatan masyarakat, bangsa dan negara.










MAKLUMAT TENTANG KERJA KURSUS SEJARAH 2012
SILA KLIK LINK DI  BAWAH:



1- Panduan Kerja Kursus Sejarah 2012

2- Panduan Pengskoran Kerja Kursus Sejarah 2012



    Contoh 1  sila klik Contoh kerja kursus sejarah pmr 2012 




   Contoh 2 ELEMEN 1 KERJA KURSUS SEJARAH 2012


Tugasan 1

Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia berdasarkan satu daripada tajuk berikut :
i. makanan
ii. pakaian
iii. kraf tangan
iv. pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam )

Ulasan awal saya
- kalau nak buat kerja kursus dengan lebih mudah cari mana-mana pengusaha makanan / pakaian / kraftangan / tukang yang berdekatan dengan tempat anda
- perkara ini akan memudahkan kita membuat kajian terutama dalam hal kaedah melawat tempat kajian
- jadi kita boleh gunakan ia sebagai satu daripada bahan untuk elemen 1
  • - contoh produk makanan rasanya ialah pengeluaran kerepek
  • bahulu /
  • dodol /
  • mi /
  • kicap /
  • budu /
  • cencalok /
  • mi siput /
  • kuih raya
  • pau
  • roti
  • dll yang sesuai
  • ciri sama - ada sejuk beku / ada sistem packing/ pembungkusan /jualan secara atau skala besar
- bagi pakaian agak susah sikit kerana tidak semua tempat ada mengeluarkan produk jenis ini. Kalau kawasan tempat tinggal anda ada perushaan pakaian ( buat baju kurung / baju Melayu / blazer / kot / baju korporat / t shit pelajar / pakaian seragam ) boleh anda buat bahagian / tajuk ini
- kraftangan ialah tajuk yang paling senang kerana banyak tempat ada benda ini macam perushaan batik / songket / songkok / keris / tikar / alatan berasaskan buluh , kraftangan daripada rotan / kraftangan daripada kertas surat khabar dll.
- Pertukangan kayu atau logam agak susah sebab tak banyak yang ada.
- Jadi kesimpulan apa yang dibuat ialah cari tempat dulu yang sesuai barulah pilih tajuk
- Jarak juga memainkan peranan
- Kalau pengusaha itu nakkan surat daripada sekolah biasanya pihak sekolah akan sediakan awal-awal lagi untuk semua pelajar – kena rujuk cikgu sejarah tingkatan 3
- Buat atau pilih empat sahaja
- biasanya kita pilih majalah / buku / akhbar / internet


a. buku / majalah / jurnal

- cari buku berkaitan dengan tajuk kita
- tunjukkan guru sama ada sesuai atau tidak
- kalau sesuai
- photostat muka depan
- phostat muka dalam yang ada nama pencetak dan tahun cetakan
- photostat mukasurat yang ada kaitan dengan tajuk tugasan
- catatan - majalah yang sesuai
- biasanya yang resepi cikgu tak bagi sebagai rujukan


b. akhbar

- cari maklumat yang sesuai dengan tajuk
- photostat bahagian yang ada cerita tentang tajuk
- mesti ada pernyataan
- kalau gambar sahaja - mungkin tak diterima
- masukkan / potongkan juga tarikh surat khabar diambil dan dari surat khabar mana


c. orang sumber

- pergi ke tapak perushaan
- temuramah pengusaha
- buatkan tarikh / tempat / masa temu ramah
- trasnskrip temuramah disediakan
- kalau boleh panjang lebih 2 muka / langkau 2 baris
- soalan ada kaitan dengan hasil kajian


d. internet

- cari kat internet tentang tajuk kita
- web wikipedia .com boleh jadi bahan rujukan yang sesuai
- print apa yang kita dapat
- tanya cikgu boleh atau tidak
- pastikan ada cetakan http pada hasil cetakan kita
- jangan potong-potong hasil internet tu


e. melawat tempat kajian

- pergi ke tapak perusahaan
- ambil gambar di sign board/ papan tanda niaga pengusaha
- tuliskan tarikh lawatan / masa / tempat
- ambil gambar proses pembuatan bahan / produk




13 comments:

  1. cikgu..done!! terima kasih..bagi markah lebih ye..hihihi
    -fatin nur syafiqah 3 firdaus SMAP-

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi sempurna atas nama...... pahni cari la isi-isi untuk buat kerja kursus ye

      Delete
  2. salam w.b.t.....cikgu waaah..menarik sehh blog ni,,blh la sy belaja ngn cikgu.. sy tiru blog cikgu je la senang wat kerja kursus,,hehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiru takleh.. rujukan boleh....heheh...

      Delete
  3. assalamualikum cikgu :)
    cantik bl0g cikgu ~
    bagi sy markah penuh ea cikgu ??
    Tmekasih :) h0oh0o..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...
    HELP!! HELP!!
    cikguu...sy xtau nk g kat mne nk siapkn keje kursus..
    ari 2 cikgu cadangkn hasil kraftangan(parang) kt mentaus..
    sy dh buka website ni : http://zamri-tukangparang.blogspot.com/2012/12/pengumuman.html

    cikgu tolong senaraikn apa lg perlu sy buat..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok dekat contoh kerja kursus yang awak ambil.. nanti tau la nak buat camana....hehe

      Delete
  5. cikgu,saya wt tajuk kepok losong....

    saye x reti la cikgu

    ReplyDelete
  6. Ada banyak contoh di internet... cuba cari...;)

    ReplyDelete